Saturday, 15 June 2013

Kekadang...

Bila saya memerlukan dia utk hadir event yg sy perlu hadir, sy rasa upset bila mana sy terpaksa mencari pengganti utk menemani sy...memg ramai je kwn2 yg boleh membantu, tp sy mahukan dia...Pastinya bila sy hadir event tu nanti mesti ramai akan bertanye mana ur other half...hmmmm...
Tak besttt!
Eh...tetiba je tacing, dah siap pon utk ke mess dinner sempena jasamu dikenang..Kbai...

Entrywifegolferspujukhatihikssss....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 6 June 2013

Buleh Jadi Biul Anak2 Tiada

Balik dr ofis td trus menuju ke aeon, memg xde tujuan nk kemana, sudahnye ke tutti fruiti....huhuuu...
Memg rasa nk biul bila ank2 xde, jadi x keruan aku dibuatnye...hmmm...cuti skolah pengasuh pon nk cuti, mak pon nk blk dok kg maka ngn ank2 juga di kg...incik hubby usah ditanye, waktu ptg nye adalah utk bermain golf...masuk aeon beli tu je semata then pegi mkn kt taman monyet depan venice tu..x kuar pon dok dlm keta je sambil tgk monyet sambil aku mkn..huhuu sabor je lah!

#Blehsewelbilaanakdenxdo

Sent from Yahoo! Mail on Android

Tips Agar Anak Menjadi Cemerlang

Setiap anak-anak dilahirkan dengan memiliki keistimewaan tersendiri.  Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan anak menjadi insan cemerlang atau sebaliknya.

Anak-anak adalah aset paling berharga yang bakal mendoakan kebahagiaan ibu bapa sama ada masih hidup di dunia atau setelah meninggalkan dunia ini. Bahkan merekalah permata hati yang menyerikan kehidupan rumah tangga ibu bapa.

Memiliki anak-anak yang soleh umpama satu ganjaran yang bakal diterima oleh ibu bapa bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat jua.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak seperti mana yang dituntut oleh agama bukan mengikut kehendak sesuka hati. Menerapkan nilai-nilai dan didikan positif pada anak-anak perlu dimulakan sejak peringkat awal, iaitu sejak proses pertumbuhan janin.

Mulakan dengan amalan pemakanan yang halal, bersih dan berzat kerana ia mempengaruhi perkembangan dan tumbesaran anak-anak sama ada dari aspek fizikal dan akhlaknya. Banyakkan berdoa agar janin yang dikandung terbentuk menjadi bayi yang sihat dan cemerlang.

Selain dari itu hubungan ibu bapa juga menjadi faktor penentu pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa ada role-model terbaik bagi anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlu menjaga kerukunan rumah tangga serta hubungan dengan ahli keluarga kedua belah keluarga.

Membentuk anak-anak cemerlang perlu dimulakan mengikut pelbagai tahap. Setiap tahap memerlukan pendekatan dan strategi yang berbeza-beza daripada ibu bapa.

Pada tahap pertama (bayi hingga usia tujuh tahun), ibu bapa harus menyayangi, bergurau senda dan mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak.

Pada tahap kedua (lapan hingga 14 tahun), ibu bapa perlu didik dengan penerapan nilai disiplin dan pemahaman tentang pengagihan tanggungjawab sama ada di rumah mahupun di sekolah.

Kemudian pada tahap ketiga (usia 15 hingga 21 tahun) elakkan daripada menggunakan kekerasan atau herdikan yang melampau. Ini kerana jiwa mereka mudah memberontak.

Manakala bagi usia 21 tahun ke atas, ibu bapa perlu memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri. Namun, ibu bapa masih perlu memantau, menasihati dan berdoa agar anak-anak sentiasa mengikut landasan yang betul

Tip anak cemerlang

*Didik mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak.

*Kenal pasti kecenderungan dan minat anak-anak.

*Jana keyakinan dan ketabahan diri mereka.

*Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan seimbang.

*Isi waktu lapang anak-anak dengan aktiviti berfaedah.

*Beri anak-anak ruang berdialog bersama anda dalam situasi tenang dan ceria.

*Ambil berat kebajikan anak dan tunaikan hak-hak mereka mengikut tahap kemampuan ibu bapa.

*Beri galakan dan amaran ke arah sesuatu yangpositif. Jika anak lakukan kesalahan, beri hukuman yang wajar dan tidak keterlaluan.

*Bermain dan bergurau dengan anak sambil memberi nasihat.

*Mengasuh anak melalui teguran dan nasihat.

*Didik anak berdasarkan pengalaman yang anda pernah lalui (positif atau negatif) atau pernah berlaku di sekeliling anda.

~Agar aku diberikan kekuatan, kecekalan dan petunjuk oleh Allah dlm mendidik anak2 ku menjadi insan cemerlang dunia & akhirat...اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 5 June 2013

Hidup Mati Ku B'sama "Orang Johor"

Sent from Yahoo! Mail on Android

Wahhh tetiba lak jadi fans JDT gitew! Ye la sblm ni tenggelam timbul je bola sepak johor namun tahun ni JDT bangkit menuju ke final...mggu lps sempat lah mama-r ke stadium bukit jalil b'sama ank jati johor memberi semangat kpd players JDT..cewahh! Lagu hidup mati johor tiap2 hari bermain2 di bibir kami, dok depan cermin tgh siap2 sempat lg nyanyi, kang aku dgr lak hubby nyanyi lagu tu..hehee semangat sungguh! Lirik yg simple dan senang je nk follow 20k penyokong JDT nyanyi di bukit jalil tempoh hari...final 29 hbln nanti x sure lg nk g tgk ke x bergantung pd program golf hubby sebab ujg bln tu pon hubby ade tournament kt seremban klw x silap...klw dpt pegi nanti bleh la follow lagu B.O.S dan gegarkan stadium ngn lagu "Hidup Mati Johor"

Luaskan Kuasamu
Òh Johorku
Hancurkan Semua Musuhmu Pahlawanku
Setia Bersamamu Johor
Merah Biru
Hidup Mati Johor
La la la la la la la la la la laa
Hidup Mati Johor

Tapi semangat penyokong johor memg aku respect arr...even kena 2-0 pada separuh masa pertama tp lagu hidup mati johor x sunyi, sentiasa b'sorak memberi semangat...kagum!