Tuesday, 31 January 2012

Kiki & Kaka

Actually da hampir sbln jugak laa aku beli si kiki & kaka nih...aku yg bg nama kt rabbit2 tu coz senang ruhil nk panggil...

Ruhil yg beriya-iya nk kan rabbit nih, masa ruhil start school awl bln aritu setiap kali g amek dia blk dr school ajak singgah kedai nama ape ntah kedai kt area stiawan tu, x ingat... nk tgk rabbit...huh! larat tetiap kali blk school nk tgk rabbit, ruhil pon asyik mintak je nk kan rabbit tu, memandangkn beliau senang je pepagi kejut nk g school maka mama dia ni tunaikan juga laa p'mintaan nye... :)

Penat!!

Lega nye dpt tdo ptg ni...bos bg makemen coz audit 5s lulus dgn cemerlang nye pg td...pasni bleh la nk amalkan kt umah aku ni plak kot...huhuu...elok la bg off pon mlm td blk kul 1 okay! Cam x besa je keje smpai 4 5 pg kan...ngeeee..

Tp bila bangun kpala rasa berat & b'denyut...pulak tu siap mimpi x hape2...haishhh...tdo siang2 pon sempat b'mimpi, itu nama nye mimpi di siang hari...trus bbm bff tanye ape petanda mimpi aku tu...tp bff ckp "itu la makcik tdo x basuh kaki"...Oº°˚˚°º ok, nk tdo siang2 pon kena basuh kaki ek...нёнё☺☺нёнё☺☺ ...ingat td nk lelap kejap je pastu nk g tgk budak2 aku trainning netball, tp ape kan daya tilam vono memanggil2 ku agar menemani nye...ngeh ngeh ngeh~

Ok la sebelum aku mengarut dgn lebih panjg, makcik nk b'siap2 bwk ank2 main beskal kt playground ngn bff...

Bye2...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 27 January 2012

Betul ke???

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

* bleh caya ke ni?? huhuuu...maybe ade la yg betul tp x sume kot...yg confirm betul, pasangan ideal...cam aku jatuh no 8 jadi pasangan ideal aku no 1 atau 4*

* utk incik hubby jatuh pd no 4, dimana pasangan ideal nya iaitu no 1 atau 8.

~ hanya lah secara kebetulan...yang nyata jodoh pertemuan, ajal & maut di tangan Allah...

Weekend dtg lagi...

Eh! Jap je rasa da ari jumaat ek...

Iyo laaa...cuti CNY kan smpai ari selasa, mana x rasa kejap je keja mggu ni...

Yg x besh nye esok aku keja...sebab nye mggu depan audit 5s, 2 mggu lagi audit pengurusan pulak...terbaeksss! Audit je memanjang...bosan beb!

tapi nk wat cemana kan, aku yg menurut perintah...so i follow...ngeee...plan esok nk amek mak & ruhil kt kg, rindu Oº°˚˚°º sama itu budak...sunyi umah aku ni x de si ruhil...klw x riuh dgn lagu2 cd fav dia barney, pocoyo, elmo, dancing princess segala bagai...siap hafal lg lagu2 dlm cd tu sambil ikut p'gerakkan...dah itu je siang mlm asyik beradap mana x hafal suma lagu2 dlm tu...

So nmpak gaya nye incik hubby aje la yg blk tepeng amek mak & ruhil esok yea...mls tul nk keje time2 weeknd ni...adeiiii...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 26 January 2012

Cara Mengurangkan Marah Pada Anak kecil

Untuk ingatan diri ku juga dlm membesarkan anak2...
Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.
Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.
Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.
Tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda.
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.
Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceciwi...

Testing..testing 123..

Masih teraba-raba dgn gadget baru nih...huhuhuuu..main game makcik laju lerr...ngeh ngeh ngeh...

Ape-apa pon ianye sangat syiokkkk!

Wednesday, 25 January 2012

CNY Holiday...

Badan terasa penat, tp best...
Long wekend yg penuh dgn aktiviti b'sama family & insan2 t'sayang...lupa sebentar pasal keje sebab keje tak pernah habis...nama pon keje kan, lepas 1 settle dtg 2 3 keje lg...camtu la seharian klw di opis...
Hari sabtu, aku & incik hubby tee off kt bukit jana golf resort, selepas tragedi buggy t'junam ke dlm kolam maka hubby saje la yg bawak buggy, masih teringat2 kejadian 15 Jan aritu...huhuhuuu....d'sebelah ptg, masa utk anak2 pula, bwk diorg ke pusat equestrian taiping...teruja ank2 tgk horse dr dekat, pulak tu dpt menunggang ngn ayh nye...mama nye teringin gak...tp cam takut je...нёнё☺☺нёнё☺☺ so ank2 & ayh nye je la yg b'seronok...Ruhil slumber je naik sorg2 dia, padahal kuda tu lg tggi dr hubby...tp dah dia brani nk naik sgt, aku biarkn je...
Ahad, kenuri umah my untie kt changkat jering..."achu abg affi kawen" ruhil ckp, dpt la jumpe org sabah...klw dulu kt sabah memg kamcak budak b'dua ni...ruhil pon kt sana xde kawan, abg affi la kwn dia...boring main umah abg affi g lak main umah ruhil, bila time gaduh balik umh masing2 tutp pintu...camtu la diorg kt sabah dulu...tp bila dh lama x jumpe, malu2 la nk sembang pon...
Mlm nye pulak misi m'cari mee udang kt kuala sepetang, 2 jam stgh pusing suma abes, restorant yg slalu g mkn tu Q punye la pnjg silap2 smpai turn kami dah abes, cari tmpat lain pon sama gak keadaan nye...mission failled! End up mkn sea food aje laaa..huhuhuu...
Pepagi isnin ank2 + ank buah xcited siap2 nk g mandi kt lost world, mama2 diorg dah plan so bwk bekal siap2 dr umah...konvoi 3 biji kete, sampai dah tghari trus mkn siap2 sblm masuk, perut dah kenyang puas la diorg mandi dlm tu...yg puas mandi aku la tuuu нёнё☺☺нёнё☺☺ gagah smpai 4x meluncur slide layan ank2 buah nk naik...achu nye pon teringin gak...jiwa masih ke anak2 kan...ngeeee~
Incik hubby setia monitor p'gerakkan riezaril yg agak sgt aktif, dua beranak ni berendam kt kolam air panas je...coz hubby risau riezaril demam & lelah dia dtg blk coz last year dh penah kena so ayh nye sgt b'hati2...
Selasa, kemas2 blk manjung lerrr... home sweet home...cuti dah abes...mak n ruhil nk tggal lg kt kg coz ruhil cuti smggu...mggu depan ade lg long weknd, best Woº°˚˚°ºoo...mana lak destinasi? So far x de plan lg...Rest kt umh pon ok gak...orait, ngantuk sudaaa...bye2...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 22 January 2012

7th Anniversary Celebration...





Anniversary tahun ni agak meriah, berkesempatan celebrate ngn family kt kg b'sama kakak2 & abang2, long weekend kan minggu ni...paling tak sangka dpt present special dr my dear hubby...trus menjerit wowww..& special big hug...opsss!!!!
x leh cite lelebih yea...sulit darihal anggota
ngeeeee~

Luv u my dear...really2 appreciate...muah muah... :)

Kek Anniversary kami...

1 2 3...tiup...Alaaa...Kakak ruhil x de ikut atok g kenuri... 

Riezaril yg merasmikan kek mama & ayah...

Alolololooo....malu ler makcik!


Ape pon tq to my dear hubby yg menjadikan sambutan ulangtahun perkahwinan ke-7 ni penuh makna dan sgt istimewa...
Syukur di atas ape yg dikurniakan oleh NYA...

Saturday, 21 January 2012

7th Anniversary...

Waktu sekarang menunjukkan jam 8.40 mlm, b'samaan 21 Jan 2012...Alhamdulillah....genap 7 tahun usia pernikahan kami, saat ni teringat suasana riuh rendah rombongan 1 bas dr sebelah pihak lelaki & kedua2 keluarga b'kumpul di umah ku utk melangsungkan majlis akad nikah yg jatuhnye pd hari jumaat 21 Jan 05 selepas solat Isyak, dgn sekali lafaz aku sah menjadi isteri kpd Rizalman Ghazali.... :) bagaikan baru smlm saje majlis akad nikah tu...cepat sungguh masa b'lalu dan kini kami d'kurniakan sepasang cahaya mata yg sedang ingin membesar...

Di sebalik 7th Anniversary....

Mengenali incik hubby pd Jun 2001, tp pd masa tu aku hanye mengenali beliau sebagai Subby CO yg baru selesai di tauliahkan sbgai Lt Muda TLDM dan beliau adalah pemegang pedang kehormat bg pengambilan kadet ke-49, dan aku ketika itu baru mengangkat sumpah sebagai pegawai kadet TLDM...nk angkat muka pon takut kena taji, tp aku masih ingat p'tama kali aku melihat beliau pd mlm "Subby CO nite". Aku & kengkawan lain di arah utk beratur bg sesi perkenalan dgn subby co, нёнё☺☺нёнё☺☺ mesti ade yg anggap perkenalan tu sembang2 kenal kan diri kan....Oh tidak! Itu adalah sesi hell bg intake aku kerana beliau d'beri kuasa utk menaji kami pd mlm tu dan juga mlm2 "subby co nite" seterusnya...

X nk la cite psl taji mlm tu, ngeri nk ingat blk biar lah menjadi kenangan hidup aku sebagai seorg tentera....huhuhuuu...tp bila kami b'sembang2 semula psl training dulu2 memg kelakar, ye la... *ko dah laa taji aku cam hape pastu leh jadi hubby aku lak kan...punye la menyampah, mengutuk b'bakul2 time tu* tp itu lah dinamakan JODOH. Mula b'tukar2 no tel setahun selepas itu ketika di ats kapal fajar samudera yg ketika itu p'jalanan pulang dr sarawak ke Lumut, mlm terakhir di kapal, kadet diarahkan utk organise "happy hour" bersama subby2 kami, bila ade happy hour, mesti la ade tari menari dan aku d'detail utk menari b'sama beliau, pd masa itu la bru berani b'sembang sebab masa tu dah hampir setahun aku m'jadi kadet, dan beliau b'tanye tentg background aku dan mntak no hp, tp aku x pkai hp lg masa tu, so dia mntak no tel umah sebab keesokkan hari nye bila tiba di harbour kami d'beri cuti 2 mggu sblm kami dinaikkan ke pegawai kadet kanan dan beliau akan ke kapal utk 1st p'jawatan setelah training selama 3 thn. Bila aku smpai di kg, dia call aku ngn kerap so aku rasa dia btl2 nk b'kwn ngan aku dan ajak aku turun kl jumpa di sana, kebetulan kakak aku menetap di shah alam, so aku bg reason kt mak nk pegi umh kak long...mak agak mengongkong sblm ni, tp bila aku dah masuk tentera kurg la skit, maklumla ank perempuan bongsu la kata kan...aku naik bas dr taiping ke kl dan dia tunggu di pudu...time tu hubby pkai moto besar abg nya, kami pegi mkn dan selepas itu, beliau ajak aku jln2 ke genting highlands kata nye dlm 45 mnt je ke sana, itu la 1st dating aku ngn my hubby...masa tu aku still pggil beliau "tuan" coz dia kan subby aku, 1st time lak jumpe b'dua...selepas turun dr genting ptg tu aku mintak dia hantar kan aku ke stesen komuter coz aku perlu smpai ke shah alam sblm maghrib risau kak long aku report lak kat mak aku tak sampai2 umh dia...smpai di stesen komuter aku beli tiket utk ke shah alam, ade lebih kurg 20 mnt lg ketapi nk smpai...tp aku tlh pon menyeberang jejantas utk ke stesen sebelah utk menunggu ketapi smpai, so dia masih menunggu aku, katanye nk tggu smpai aku naik ketapi...nk b'bual pon sorg di seberang sana & sorg di sebelah sini, hanye melemparkan senyuman je la dr jauh...ececeh...kemudian selepas tu, beliau pggil aku dgn nada menjerit "sy antar awak ke shah alam je laaa dah lewat ni nanti smpai shah alam dah mlm, ketapi pon x sampai lg..." Tp aku menggeleng kepala tak mahu, aku x nk menyusahkan beliau kerana kl ke shah alam agak jauh...selepas beberapa kali beliau mempelawa dan memandangkn dh lewat ptg aku setuju utk beliau m'hantar aku ke shah alam...tiket ketapi tu burn je la...kami smpai di shah alam dlm kul 8 mlm tp aku mintak dia hantar jauh skit dr umah kakak aku, kang akak aku bnyak lak soal nye coz aku naik bas pg dr taiping tp smpai umh dia dah mlm...huhuhuuu...tp aku dah maklumkan awal yg aku nk jumpe kwn di kl.....

Itu lah 1st pertemuan aku ngn hubby...masih segar dlm ingatan aku cerita p'temuan kami, dan kami mula b'kwn rapat dan mengenali hati budi masing2 pada p'hujung thn 2002, dlm tempoh b'kwn kami bleh jd ngam & serasi, bila time wekend kami akan b'main tennis di stadium, dia laa yg ajar aku b'main tennis coz masa tu hubby adalah player rmn...dr situ la kami mula rapat....yg paling aku ingat smpai sekarg beliau berikan 100 kuntum bunga ros pd aku setelah aku b'jaya di tauliahkn sebagai Lt Muda...itu lah kisah aku dan hubby 1st time bertemu, dan jika diberi kelapangan satu hari nanti, aku nk ajak hubby buat perkara yg sama sepertimana cerita yg b'laku 1st time pertemuan kami, tp kat mana lak aku nk cekau moto besar??? нёнё☺☺нёнё☺☺

Yg paling aku rasa bertuah, hubby adalah lelaki pertama yg aku b'kwn, b'cinta dan akhirnye menjadi suami aku...kata2 mak yg aku sentiasa ingt masa zaman skolah dulu, "dok skolah lg x payah b'boypren2, keja pon belom...nanti dh abes skolah dpt keja cari yg btl2 boleh jaga mkn minum". Sebab tu aku x b'cinta masa skolah, kwn2 biasa tu ade la...masuk navy umur 19 thn, so aku rasa time camni baru sesuai utk b'cinta...Alhamdulillah Allah pertemukan aku dgn dia seorg yg penyayang, caring, tidak panas baran, x mudah mengangkat tgn, yg penting bukan kaki rayau mlm...biar laa smpai bila2 dia dgn sikap nye skarg...Insyaallah...

Happy 7th Anniversary my dear hubby, thank's 4 the patient & wonderful love, your my inspiration & fullfilled my journey of life...Smoga ikatan yg suci ini b'kekalan hingga ke akhir hayat...Amin...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 19 January 2012

Makan2 @ Capri...


Lama x post entry pasal makan kan...cam biasa la klw bab2 terjah restorant kt sekitar manjung ni, aku & bff la org nye...heheheee...sebab kami suke MAKAN, eh ade ke org x suke makan? Huhuhuuu... Arini destinasi kami di Capri Lumut, actually kt sini dah jadi port makan kami setiap bln coz pizza nye sgt sethappp...tapi arini kami x mkn pizza, kami mkn tuuuu pic kt bwh tuuu....sebln skali time gaji je buleh dtg kt sini, nipis kot purse aku klw selalu mkn kt sini..ngeeee... 


Marinara spaghetti...terbaeksss wok!

Choc cake + Haagen dasz ice cream...yummyy..

Welcome back Mr.White..

Testing...testing...

Yeeaaay!!! BB sy dah okay...dah bleh bbm, muke buku, bloging...sorry Mr.White pasni sy janji x drive buggy masuk kolam lg yea...нёнё☺☺нёнё☺☺


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 17 January 2012

Get well soon my Blackberry...

Huuargghhhh...sunyi 3 hari ku tanpa bb...really miss u Mr.White...

since 26 mac 10 aku dah guna bb, amat lah terasa kehilangan bila tkde bb...sebabnye 24 jam bb sentiasa ade ngn aku, bangun pg check recent updates, masuk je keta sementara enjin nk panas update status, tukar pic profil, check fb segala bagai...so far friends contacts ade 83, group 51, ladies officers, geng kutu suma ade dlm bb aku tu...senang nk b'communicate, mana la aku tak rasa sunyi bila bb xde...rasa cam nk g kedai beli bb baru pon ade gak nih...huh sgt resah gelisah xde bb...aku tak leh nk bbm...nk kena antar sms leceh!  mesti bnyak topik yg di bincang dlm group t'lepas, bila xde bb senyap sunyi klw tak, kul 2 3 pg ping ping ping dok b'chating dlm group...oficemate pon kekadang pinjam bb aku nk google jawapan exam...hanye d'hujung jari, bila xde bb nk bloging nk update pon x bleh...susah kan xde bb...

bb dah antar repair tp still lom siap....ape ke lemb sgt nk siap ntah ler...harap2 bb tu bleh guna lg coz bb tu sama model & kaler cam incik hubby...tp by lusa klw x bleh siap jugak, aku x teragak2 nk cari bb baru...

hissssshhh....x bleh la aku xde bb...

Monday, 16 January 2012

Wat da bad day ha??



Cerita berlaku semalam juga...sebab balik awal dr family day nak g hayun kayu golf, dgn xcited nye kasi anak2 tdo dulu coz kan da penat 2 jam b'panas di teluk batik...mggu ni 2 kali main golf kt teluk intan, kononnye nk revange smula ngn kwn hubby coz ari rabu aritu dpt 1 par je...tp benda lain pulak yg jadi...hmmmm...aku tak tau la entry ni lawak atau sedey...cer tgk ade buggy dlm kolam tu kan...

 
usaha menarik semula buggy, tu dah nmpak  bumbung sebab dah try tarik ngn tractor tp tk berjaya sehingga lah beberape kali... 

Dalam kolam tu adalah buggy yg terbabas dan tenggelam dgn pantas nye depan mata aku..

Kronologi kejadian : )

~ Jam 2 ptg tiba di teluk intan golf & country club

~ 2.10 ptg tee off

~ Sampai di Hole no 2 hubby gtau " mama, brek ni ketat skit"...aku jawab "ok" dan teruskan permainan cam  biasa dan hubby je yg drive buggy tersebut..

~ Hole no 7 par 3, hubby birdie, aku par & kwn hubby double par

~ setibanye di hole no 8, konon nk aim par lg, 2nd shot bola aku depan skit dr bola hubby so aku bwk buggy menuju ke bola aku yg berada di tepi kolam, hubby ketika tu nk pukul bola 2nd shot, aku bwk buggy tu xde la laju tp bila buggy da hampir ngn kolam aku try brek, ketat dan aku cuba 2 3 kali buggy tu masih bergerak menuju ke kolam, panic aku trus lompat dr buggy tu dan menjerit " paaa tolongggg! dan tanpa aku menoleh sesaat pon pd hubby yg ketika itu kedengaran beliau menjerit "mama!!!! yg berada lebih kurg 10 meter di blakang aku...mata aku masih perhatikan dgn pantas buggy trus tenggelam..

~ Hubby menghampiri aku, "mama, camane bleh masuk kolam ni??"
 "mama try brek tp ketat"...hubby pantas membuka baju dan kasut beliau utk mengambil brg2 berharga dlm buggy tu...pd mula nye aku halang sebab kolam tu dalam dan tanah jenis lombong, bahaya...tp hubby trus menyelam utk dapatkan kunci keta, hp aku ngn hubby, wallet, set golf, mujur barg2 tersebut ade dlm buggy dan tak jatuh ke dasar...hati aku dah mula risau, aku suruh beliau naik tp dia tetap trus menyelam ambil brg2 yg ade dlm buggy tu...sementara kwn hubby menelefon club utk bantuan...

~  Beberapa minit kemudian baru la pekerja2 club dtg membantu dan membawa sebiji tractor utk menarik semula buggy tersebut, kolam tu memg dalam coz buggy tu hapus tenggelam...beberapa kali juga percubaan utk menarik buggy tu keluar, selesai buggy di tarik keluar, kami ke club...aku rasa muka aku ni dah mcm takde darah panic, takut pastu terpikir brape ribu lak aku nk kena ganti rugi buggy tu...

~ Setelah berbincang ngn manager club, abg man yg kami memg dah kenal masa di teluk rubiah, beliau mintak kami buat surat berbentuk report ke club dgn menyatakan brek gagal berfungsi...klw ikutkn keadaan fizikal buggy tersebut tak rosak cuma bateri buggy saja yg kami cuba tanye2 harga bateri buggy bernilai 4k++.  tapi menurut abg man, club tidak mempunyai insurans seperti club2 golf yg lain dimana insurans akan cover skali utk players yg main di club tersebut..

Takpe itu kemudian pikir, yg menjadi masalah pd aku skarg adalah tourch aku...dah 2 ari tkde bb ni susah betul...hubby nye bleh gak pkai setelah aku guna hairdryer, aku dah antar repair harap2 bleh pkai lg bb aku tu...dah hampir 2 thn pkai bb, bila tkde bb sunyi giler rasanye... :(


Aktiviti semalam..


Kami di teluk batik semalam attend family day Markas Armada, ujan selebat2 nye di bumi manjung pagi semalam, so delay 1 jam...kul 10 da panas terik semula...anak2 pon dah mula rimas dan b'peluh2...tak tunggu pon sampai aktiviti selesai coz cuaca panas, lgpon ank2 baru baik demam...yg sebenarnye aku & hubby ade program lain, alasan je tu...hehehehee...ade cerita d'sebalik program tu nanti, cite di entry lain yea...di mana ade aktiviti di situ juga ade gambar...ngeee

One happy family... :)


Pic yg di snap oleh Ruhil...

with Nabihah...


Riezaril with ADC FC, muke lebih kurg sama je...

Saturday, 14 January 2012

Lepaking with incik hubby..

Ambil kesempatan anak2 tdo, so aku & hubby g tea time kat starbucks taiping central, kitorang balik ari je coz pg sok ade family day tempat keje hubby...balik nk tgk nephew baru...
klw dulu kt sabah time stand easy slumber je kuar ngn office mate g tapau kt starbucks 1Borneo, tp kt manjung blom ade lg starbucks, harap2 jusco nk bukak tak lama lg ade la starbucks ye...takde la tunggu bila balik taiping je coz aku peminat tegar coffee starbucks, coffee bean TAK sedap  huhuhuuu...



Caramel Choc Frappucino+Choc Chip Frappucino+Chic O Cheese

13.01.13


Dapat sorang lagi anak sedara semalam, anak abg aku yg pandai masak + buat kek tu... :)anak no 2 beliau...dah sepasang cam aku jugak...hehehee...yang beshh nye baby danish berkongsi tarikh lahir ngn my dotter & incik hubby, bukan senang nk dapat tarikh lahir yg sama dalam family kan? kebetulan...pasni leh la celebrate sesama, smoga menjadi anak yg soleh... 

Farish Danish


Friday, 13 January 2012

Happy Birthday to Both of You My Dear..


Semalam 13 Jan merupakan hari ulangtahun kelahiran my dear hubby yg ke-33 & my princess Ruhil Irdina yg ke-4, actually aku dah plan ngn kwn aku mastura nak celebrate kt sunlight so meriah la skit ngn anak2 beliau, lgpon ruhil memg kamcak ngn umairah coz ruhil g school tumpang umairah...so klw ckp nk kuar g jumpa kakak umairah bukan main sonok lg dia...tp kakak umairah smpai skarg pggil ruhil ngn gelaran "baby ruhil"...dari kecik2 lg diorg dah b'kawan so bila dah besar ni pon still pggil ngn gelaran baby ruhil...tak baby dah, ruhil da 4 tahun smlm...untuk celebrate ngn kengkwn yg lain Insyaallah minggu depan, venue aku tak decide lg, klw rajin buat kat umah, tp klw tak sempat buat je la kat fast food...present untuk hubby speck Emporio Armani ditaja oleh duit bonus aku masa p kl aritu...adiah tak penah missed setiap thn...selesai bonus makcik, takpe la setahun skali...dengan pemberian hadiah juga adalah salah satu cara merapatkn kasih sayang dlm perhubungan, tak gitu...hehehee...untuk ruhil tak leh beli mahal2 kecik lagi...aku belikan almari barbie je untuk kakak ruhil...toys dah melambak pastu sepah2 kan je lepas main, so almari tu bleh jugak simpan baju...
Semoga kedua2 buah hati ku ni di panjangkan umur, dilimpahkan rezeki, sentiasa dalam lindungan Nya dan kita sentiasa menjadi keluarga bahagia....Amin...



Berday boy & Girl..
Anak Ayah! berkongsi tarikh lahir...so sweet..
Bff yg memeriahkan majlis...
~Kek Pinky Nemo~

Friday, 6 January 2012

5 Jan 2012

Congrats anak mama kerana berjaya memulakan alam persekolahan dgn tak nangeh, heheee...
tapi mama nye yang sebak lelebeh, terharu tgk ruhil dah bersekolah dan terpaksa tinggalkan ruhil beberapa jam untuk sesi persekolahan nye, entry sblm ni aku risau sgt, takut ruhil nangeh tak mao g school, Alhamdulillah suma nye berjalan ngn lancar smlm......
haissshhh ank g skolah je pon, ye laaa klw ikutkan aku nak je aku tunggu kt skolah tu hingga tamat waktu pembelajaran, tp hubby ckp biar je tinggalkn dia ngan kengkawan nanti dah abes kite dtg...
ramai jugak parents yg tunggu sebab anak2 mereka nangeh, tp untuk membiasakan ruhil kami tggalkan je selepas tu...ade beberape pic sepanjang ruhil di Joyouskids.... :)

Otw nk g school, sian...ngantuk..


Allololololooo...manje nye... :)

Relax je, mujur x nangeh...

Klw da bleh peace tu, baru la mama confident nk tggl...

Class da abes, sempat posing...
Pic arini : bye2 mama, kul 11 mama dtg amek kakak yea...
gud girl anak mama...


Rerajin belajar, smoga ank mama memperolehi kejayaan suatu ari nanti, Insyaallah...

Wednesday, 4 January 2012

Prep for Ruhil 1st day @school...

My princess ruhil dah ready nk g skul tomorrow...barang2 nk g skul awal2 lg mama nye dah ready....rata2 kengkwn kt fb arini suma citer psl ank2 diorg 1st day g skolah...tp ruhil esok baru mula ke skolah, aku & hubby telah sebulat suara memilih Joyouskids utk ruhil memulakan alam persekolahan, kami bercuti semata2 nk luangkan masa utk Ruhil di skolah esok...oh ye...best friend ruhil kakak umairah pon di skolah yg sama...klas lelain ler coz umairah dah 5 thn...

xcited btl Ruhil nk g skolah, actually utk 2 mggu ni x perlu pkai uniform lg coz sesi orientasi, pkai baju biasa je...jadual utk 2 mggu ni pon 2 jam je dari kul 8.30 smpai 10.30 pg...mama nye pon xcited gak ni nk tgk cemane esok samada Ruhil nangeh ke tak...tp dr ptg td asyik dok tanye mcm2 psl skul dia..." Mama, teacher kakak nama ape? Mama dah tulis nama kakak kt buku? Mama, kakak nk naik bas g skul... mama, kakak nk potong kuku, tok ckp kuku kakak pnjg nanti teacher ketuk tgn kakak....hamboiiii hai...bnyak tul aku kena bebel ngn ank aku sorg nih....jenuh jugak nk menepis nye...b'ckp tu mcm dh skolah darjah 1...
Ape pon mama sgt bangga ngn p'kembangan Ruhil skarang wlpon umur 4 thn baru mama antar g skul...

Wokay....sampai di sini dulu entry psl ruhil skul...nanti klw ade yg menarik esok akn ku sambung lg...bye..gud nite... :)

Monday, 2 January 2012

Sila postpone azam yea incik hubby...

Terkezuttt dgr azam thn baru incik hubby...dlm keta otw nk ke kl td, aku klw dlm keta susah nk lelap, ank2 masuk keta kena aircond tdo la diorg...dok sembang2 psl sambutan new year, azam thn baru, tetiba hubby ckp "azam thn baru pa, nk tambah ank sorg lg" sambil gelak mengenakn aku la tu...trus tgn aku menumbuk perut incik hubby(tumbuk manje...ngeeee..) hamboiii azam! Tinggi menggunung punye azam tu...ok la tu kan, kurang2 nye ade gak azam beliau ye dak...tp sila postpone azam itu dulu ye my dear...heheee...

tambah ank takde dlm list azam 2012 aku okay....huhuhuuu

Bila tgk org ade baby, aku teringin gak nk ade baby...ape pon kena tunggu selepas umur zaril 3 thn...aktif sgt budak kecik tu, tp zaril skarg asyik menjadi perhatian dan bualan kami, mana tak nye klw dgr je lagu dlm keta bukan main lg badan & tangan terhenjut2...ckp pon dah jelas beberape perkataan, dah bleh di suruh, paham je klw suh amek benda2 yg simple, remote tv, tutup pintu, kemas kn toys, klw tanye sape nama riezaril hariz? "saya"...sambil angkat tgn dua2...tp klw merajuk dia la yg hebat, kena marah skit mencebek lari bwk diri tepi pintu, tepi fridge, ikut suke dia...sgt manje budak kecik ni...

B'balik pd citer azam incik hubby td, aku ckp bagus azam tu cuma sila tukar lg 2 thn azam tu...heheheee...cer la azam nk beli hand bag LV kt mama ke...muahahahaaa...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.