Thursday, 29 September 2011

Sedikit Info mengenai KUKU...



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam....

Saturday, 24 September 2011

Mama-R in da house~

hamboiiii...tajuk!

Aktiviti arini padat sebagai seorang house wife di hujung minggu saje...eceh! celik je mata siap kan b'fast utk incik hubby kerna beliau bekerja arini...hubby dah kuar g opis siap2 g pasar setiawan (sesetengah org pggil pasar TODI) nape ek? klw weekend tak g memana, aku memg suke beli lauk2 mentah kat pasar setiawan tu, coz ikan2 kt pasar lebih fresh & bnyak pilihan...tak mcm kat tesco @ giant ikan2 nye tak bnyak pilihan & kualiti nye pon tak seberape sgt..beli stok lauk utk 2 minggu, ayam sekor, ikan bawal, ikan keli, ikan kembung, ikan semilang, udang & sotong, haa..cukup la kan utk 2 minggu...

update status kt bbm "shopping kat pasar setiawan jom" selang beberape second dapat la bbm " kak lin jom b'fast kat old town" pantas sungguh makcik tu membaca status bbm aku...dah shopping bagai kt pasar trus ke old town b'fast...lepak2, sembang2, plan nk g tgk wayang bagai, balik umah masak lak incik hubby blk keje kang nk mkn...masak simple je pon, udang lemak cili api, ikan keli sambal, sayur & ikan goreng...itu pon telupe lak nk wat tempoyak goreng feveret incik hubby...esok la ma buat ek! abeh masak mengemas umah lak...klw tak dibuat sakit mata aku ni tgk umah bersepah, sapu sampah, mop lantai dari ateh sampai ler ke bwh...kul 2 baru settle sume...adeiii hai...tdo kan riezaril, kul 4 nk tgk wayang...mastura da belikan tiket utk 7 org, MIL dia pon nak joint sekaki katanye...aku dah smpai tapi tak nmpak pon makcik tu lg, last minit tak jadi lak..." mas tak jadi dtg, tu abg ngn umairah MIL n maid on da way"...hmmmm tak best makcik takde!

habes gelak bagai tgk movie, balik umah amek riezaril g jalan2 kat marina island...sonok anak2 mama dapat terlepas, berlari2 kat situ ek...then, malam g open house umah kwn incik hubby...dan sekarang, sunyi sepi umah ni, kedua2 anak mama dah tdo diulik mimpi...hmmm esok ape lak nk buat ek? huarghhh...mata pon da ngantok, badan da penat...Selamat malam... :)

Friday, 23 September 2011

Aktiviti kami hari ini....

Pepagi lagi dpt bbm dari makcik ni..."kak lin jom g ipoh"...wah! cam aku nih tak keje je ek...agar tidak meghampakan beliau, incik hubby pulak mengizinkan lgpon beliau berada kat kl, abes keje tengahari tadi kami ke ipoh...aku tak shopping ape pon just teman makcik tu shopping...iye la kan org baru pas bersalin, sana sini kembang...suar2 lama dah tak muat..kena beli yg baru, hehehee..jgn marah ek makcik... :) 

adeiiii....perut lapor pon sempat nk posing lagik!

Jahanam lagi diet aku...hahaha...
Esok nye program menonton movie johnny english bersama suami dan anak2 tercinta...makcik jgn lupa beli tiket okeh....ngantuk sudaaa...bye!

Thursday, 22 September 2011

Sekembalinye BFF setelah b'pantang..

@ahcun...licin!

Hoyeh! Meraikan sempena makcik abeh pantang...actually lom 44 hari lg, 26 hbln ni baru abeh tapi cam org x dlm pantg...baru 2 mggu b'salin dah kuar g shopping raya..huh terbaekss lah makcik! bosan ooo...makcik xde sbln lebeh ni, xde geng nk lepak2 sambil mkn2 sambil gosip2...hohohooo...
wokeh! c u tomorrow... :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Entry khas buat incik hubby~



Angan-angan....

Kalau la mama ni kaya...besday pa, ma adiahkan moto2 ni untuk pa...hehehee...pilih aje yg mana pa berkenan...seb baik mama tak brape nak kaya...ngeeee~ entry mama tgh bosan!
Harley Davidson-DF Fat Bob

Harley Davidson DYNA-FXDC

Harley Davidson XL-1200L Sportster

FXDC-DYNA Super Custom
Sayang je jual Vulcan-800 dulu tu kan!

Monday, 19 September 2011

Mulakan pagi mu dgn b'kerja smpai lebam!





Mari lah mari...kite b'kerja...Hohohooo...nk sedap kan hati, koje bnyak nih...
Bekerja lah selagi tak pengsan, klw dah rasa nk pengsan baru stop! ngeee~

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 16 September 2011

Lumut - taiping - KL - taiping - Lumut

hah!!!

seperti kebiasaan, asal weekend je mesti tak lekat kat umah ku syurga ku...eceh...actually, aku rasa penat bila tetiap minggu asik travel je..ye la kan, ngan anak2 lagi...kalau dulu ank sorang tak terasa sgt, tapi skang bila dah anak 2 nih perhatian kena lebeh, tambah pulak kalau anak berumur bawah dari 2 tahun perlu penjagaan teliti...minggu ni long weekend, plan nye hanye nak berehat2 di umah je pada mulanye...

Tapi dapat call dari SIL, abah admitted kat hospital ampang...mustahil la tak g tengok kan...so smlm lepas abes keje, siap2 after maghrib gerak ke taiping antar mak, tak sampai hati lak nak tggal mak sengsorang kt umah, nak ajak mak ke kl pon confirm nye beliau taknak coz aku pon dok umah SIL,mesti mak tak selesa lelama dok umh org...better beliau balik taiping je ade jugak kakak n abg aku kat sana...kebetulan kakak aku wat open house arini, aku pulak pepagi lagi dah gerak ke kl...Ruhil pulak klw dah jumpe sepupu2 nye, atuk dia pulak tak ikut hmmm memg jgn harap la dia nk ikut aku ke kl...tak nak nye dia!

Malam ni hubby tdo kat hospital jaga abah beliau, smoga abah cepat sembuh..dah kurus kering abah coz tak lalu mkn...tapi sok dah nak blk taiping semula amek mak & ruhil, ahad balik ke lumut, adeiii letih...klw hari senin tu aku bleh belit tak g keje kan bagus...huhuhuuu...okeh la nak tdo berpelukan ngan riezaril..ngeee, incik hubby pon xde mlm nih...nanite~

Wednesday, 14 September 2011

Wanita sangat istimewa kan?

cerita yg menarik.... Sharing is caring... :)
Cilok dari blog kwn...huhuu~

Dari seorang lelaki...

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

"Awak sakit ke?" tanya lelaki itu. "Tak lah", jawab isterinya ringkas. "Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?" Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. "Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone"' aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'asshemmmm', tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU...
HARGAI MEREKA!!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 10 September 2011

Hantu Boncegggg!

Baby...baby...baby...
Babi!!!
Ape celuppp...

Hahahaa...itu antara dialog dalam filem hantu bonceng okeh! Besh giler beb, gamat panggung...No wonder la 2 minggu penayangan dah mencecah 6 juta, hasil cerita ahmad idham dgn lakonan mantap zizan memang tak kering gusi yg menonton nye...dari mggu lps plan nk tgk, arini baru dapat tgk...besh..besh...besh...memang sempoi ar lu zizan! Ape celluppp....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 8 September 2011

Yeay!!!! kat tesco dah ade....

Ade ape??? ade sushi kingggggg la weh...ngeeee~

Kalau dulu nak makan sushi tunggu balik taiping, g ipoh, g kl, baru leh dapat makan....tapi skarang nih kat tesco manjung dah ade sushi king...actually baru ari ahad aritu perasan ade sushi kat tesco, bulan posa aritu langsung tak jejak kan kaki kat tesco so tak pasti lak aku bila sushi tu start beroperasi....lunch tadi baru berkesempatan g makan ngn incik hubby... :)


Chuka Lidako...ala2 anak octopus...sethappp!

Tsubukko...yummy!!!
Adeiiii...makan banyak sgt tadi macam nak t'kluar balik je....urghhhhh...uwekkkk~

Wednesday, 7 September 2011

Mood hayun kayu golf...

Off to teluk intan golf & country club...

Melepaskan gian setelah berehat panjang di bulan puasa...berkobar2 makcik nak join incik hubby mukul coz aritu tak abeh main 18 lobang...

Mana lak kengkawan incik hubby dah kul 3 tak nampak batang idung lagik...aku dah semangat nak hayun driver nih!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 2 September 2011

Raya ke-4 di Padang Golf

padang golf je la tmpat dating kami.. :)


9 Lobang 3 par!! Ingat majai dah tadi...ngeee...

Sebulan b'puasa, sebulan jugak aku rehat main golf...tp dulu tlk rubiah tu ade lg, bln2 posa pon aku gagah g mukul, 9 lobang aje la...tak daya makcik nk mukul 18 lobang bln2 posa...hari ni b'kesempatan main golf besh nye rasa coz dah lama tk mukul, actually aku dah start keje arini, tp kul 11 dah blk..hubby smlm dah kena duty...so lps solat jumaat kami ke teluk intan beraya di padang golf ngn 2 org kwn incik hubby...sempat main 9 lobang je coz mak call gtau ruhil demam & muntah2, habes 9 lobang trus blk taiping...dah sbln lebeh tk main golf ingtkn majai main arini...klw main 18 lobang td, harus 4 5 par kot...hahaaa...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.